Macquarie University~Sydney diiktiraf untuk mutu
pengajaran dan pengkajiannya. Ijazah dari Macquarie
dipandang tinggi baik di dalam mahupun luar negara.
Telah didapati bahawa para siswazah MQ adalah
antara yang paling baik di Australia dari segi:
Gaji
siswazah permulaan yang tertinggi*
Hasil
siswazah yang positif*
Kadar
pekerjaan siswazah yang tertinggi*
*The
Good Universities Guide to Australian Universities
1999
Macquarie University, yang dikenali sebagai Universiti
Inovatif di Australia bersedia untuk memperkenalkan
anda kepada perspektif global, kepada kaedah pembelajaran
dan persekitaran saling kait yang akan membawa
anda ke milenium mendatang. Sebagai seorang mahasiswa
di Macquarie anda akan diberi kesempatan untuk
memperolehi pengajaran dan pengkajian universiti
terkini, serta kemudahan maklumat elektronik,
ketika anda sedang menuntut untuk melancarkan
kerjaya anda ke abad baru.
Universiti ini telah mengembangkan hubungan dengan
institusi-institusi antarabangsa di seluruh dunia
yang dapat membuka pintu kepada pengalaman antarabangsa
bagi para mahasiswa melalui pelajaran di institusi-institusi
pasangan. Kami sedar bahawa bekerja di dunia tanpa
balasan akan memerlukan pengalaman yang bersifat
antarabangsa dan berbudaya majmuk di samping kemahiran
dan ilmu pengetahuan.
Ciri-ciri Akademik yang Penting - Pengajaran
dan Pengkajian
Macquarie University menawarkan program pada
tahap Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.
Program-program akademik yang disediakan di Macquarie
memberi pelbagai pilihan yang menarik bagi mahasiswa.
Program sarjana kami memberi pilihan matapelajaran
yang luas serta pilihan program yang fleksibel,
serta kakitangan pengajar yang cemerlang. Terdapat
berbagai-bagai matapelajaran yang disediakan di
ketiga-tiga kolej universiti ini:
Mutu pengkajian yang tinggi merupakan asas matlamat
akademik MQ dan kini universiti ini merupakan
salah satu institusi berdasarkan ilmu yang terulung
di Australia. Universiti ini mempunyai sembilan
pusat pengkajian yang meliputi bidang seperti
bioteknologi, pengkajian iklim dan penjelajahan
mineral sampai ke pemeliharaan marsupial serta
pengajaran dan pengkajian Bahasa Inggeris. Banyak
syarikat teknologi ternama, termasuk Microsoft,
Siemens dan Becton Dickinson mempunyai kemudahan
dan projek pengkajian di kampus ini.
Dengan seperempat daripada jumlah mahasiswa menuntut
pada tahap lepas ijazah, Macquarie menggalakkan
peluang pengembangan peribadi dengan pelbagai
program kursus lepas ijazah dan memupuk semangat
kesarjanaan dengan keahlian pengkajiannya. Macquarie
memberi siswa lepas ijazah dalam program kursus
mahupun pengkajian kesempatan untuk bekerja sama
dengan para ahli akademik yang tampil di dunia
antarabangsa dalam bidang-bidang mereka.
Umpamanya, Maktab Pengurusan Sarjana Macquarie
(Macquarie
Graduate School of Management - MGSM)
tetap mengambil tempat sebagai salah satu maktab
pendidikan pengurusan yang terulung di kawasan
Asia Pasifik. Juga, Pusat Perbankan dan Kewangan
(Centre for Money Banking and Finance) menawarkan
kursus Master of Applied Finance (Sarjana Kewangan
Gunaan) program yang terpuji untuk kecemerlangannya
dan merupakan program sedemikian yang terbesar
di dunia.

Macquarie menawarkan kepada para mahasiswa pilihan
untuk mengambil kursus Bahasa Inggeris prasarjana
intensif agar memperolehi kemahiran bahasa dan
pembelajaran yang perlu untuk berjaya di Universiti.
National
Centre for English Language Teaching and Research
(NCELTR) di Macquarie University, yang
terletak di dalam kampus, menawarkan kursus Bahasa
Inggeris yang direka khas untuk para siswa yang
ingin masuk ke Universiti, atau yang ingin mempertingkatkan
kemahiran komunikasi mereka secara umum. Kursus-kursus
termasuk:
Bahasa
Inggeris untuk Komunikasi Urus Niaga dan Antarabangsa
Program
Bahasa Inggeris untuk Pendaftaran Langsung
Program
Akademik Perkenalan
Institut Urus Niaga dan Teknologi Sydney (Sydney
Institute of Business and Technology - SIBT)
yang juga terletak di dalam kampus, dan menawarkan
kursus pada tahap Sijil dan Sijil Tinggi dalam
Urus Niaga dan Ilmu Komputer, yang bersambung
dengan kursus-kursus Diploma yang diiktiraf dan
diteliti oleh Universiti untuk pendaftaran dalam
kursus-kursus Sarjana Muda tertentu pada tingkat
tahun kedua. Para siswa dapat memilih Urus Niaga,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Massa pada tahap
dasar dan Perdagangan, Administrasi Urus Niaga,
Sains Komputer dan Komunikasi pada tahap Diploma.
Para siswa di SIBT juga dapat mengambil kursus
gabungan yang terdiri daripada Bahasa Inggeris
intensif dan matapelajaran akademik daripada kursus
yang berkenaan.

Pejabat Siswa Luar Negeri (Macquarie International) menyediakan khidmat sokongan
bagi para siswa di Universiti ini. Dari maklumat
pra-keberangkatan sampai ke penerimaan masuk dan
pendaftaran, Macquarie International memastikan adanya peralihan yang
lancar bagi semua pelajar luar negeri di Macquarie
University. Macquarie International juga menyelenggarakan khidmat penyambutan
di lapangan terbang dan program orientasi serta
menganjurkan kegiatan-kegiatan sosial sepanjang
tahun. Surat berita diterbitkan setiap tiga bulan
berhubung dengan para pelajar.

Kampus yang luas ini terletak
25 minit ke arah barat laut dari pusat bandaraya
Sydney dan dihubungkan dengan perkhidmatan
bas dan kereta api yang tetap. Kemudahan-kemudahan
pengajaran dan pengkajian universiti ini terletak
di tengah-tengah taman teknologi tinggi yang
terulung di Australia, bersebelahan dengan
kawasan rimbunan hijau yang luas. Universiti
ini juga mempunyai pusat perniagaan, tapak
kajian dan kompleks pelajarnya sendiri dan
juga terletak dekat dengan pusat membeli-belah
Macquarie Centre. |

Bilik Sumber Akomodasi
disediakan untuk membantu para pelajar mencari
akomodasi tetap di luar kampus. Bilik Sumber
Akomodasi mempunyai senarai semua akomodasi
luar kampus, akhbar, telefon, komputer, peta
dan jadual waktu bas untuk membantu para pelajar
mendapatkan akomodasi luar kampus yang sesuai.
Para pelajar yang menginginkan akomodasi perumahan
dalam kampus harus mengajukan permohonan mereka
sekurang-kurangnya dua bulan sebelum memulakan
kursus mereka. Terdapat akomodasi perumahan
dalam kampus yang amat terbatas.
Pelajar luar negeri yang memerlukan bantuan
dalam menyesuaikan diri kepada kehidupan
atau belajar di Australia digalakkan meminta
nasihat daripada Pengurus Khidmat Pelajar
Luar Negeri. |

Jika anda ingin memohon untuk salah satu kursus
ijazah/lepas ijazah di Macquarie University, sila
mengisi borang permohonan.
Anda
perlu mengirim terjemahan Bahasa Inggeris yang
sah untuk kelulusan sekolah menengah dan/atau
kolej anda,
Hasil
ujian Bahasa Inggeris anda
Bukti
pendidikan tertier termasuk salinan ijazah jika
berkenaan
Salinan-salinan
mesti disahkan oleh notari awam atau Jaksa Pendamai
di negara asal anda
University
akan mengirim balasan bagi permohonan anda secepat
mungkin, tetapi ingatlah bahawa masa pemprosesan
lebih singkat apabila semua dokumentasi yang
betul dikirimkan.
|